Dikisahkan
dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi
Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di
kebun. Bila pemuda itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya
maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya."
Berkata Nabi Isa a.s,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk satu Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi,
"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,
"Ya Tuhanku, berikanlah pemuda ini setengah berat Jarrah cintanya kepadamu."
Setelah
Nabi Isa a.s berdoa, maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa
lama, Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa,
tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi
Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat
tersebut,dan berkatalah salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda
itu telah gila dan kini berada di atas gunung.Setelah Nabi Isa a.s
mendengar penjelasan itu,beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t,
"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku tentang pemuda itu."
Setelah
berdoa, Nabi Isa a.s dapat melihat pemuda itu yang berada di antara
gunung-ganang dan sedang duduk diatas batu besar, matanya memandang ke
langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam,
tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s lalu Nabi Isa a.s
berkata,
"Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai
Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, kerana dalam
hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaku. Demi
keagungan dan keluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji
sekalipun tentu dia tidak akan mengetahuinya."
~Subhanallah!! terlalu aguung cintanya kepada Allah s.w.t. Kita?
__________________________________________________________________________________
Barangsiapa
yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri daripada tiga
perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu....
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, TETAPI dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas dalam beramal, TETAPI dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, TETAPI tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencntai 5 perkara, lupa kepada 5 perkara,
1. Mereka cinta kepada DUNIA, tetapi mereka lupa kepada AKHIRAT.
2. Mereka cinta kepada HARTA, tetapi mereka lupa kepada HISAB.
3. Mereka cinta kepada MAKHLUK, tetapi lupa kepada AL-KHALIQ.
4. Mereka cinta kepada DOSA, tetapi lupa untuk BERTAUBAT.
5. Mereka cinta kepada GEDUNG-GEDUNG MEWAH, tetapi mereka lupa kepada KUBUR.
~Ya Allah, kau lindungilah muslimin dan muslimat daripada tipu daya akhir zaman..aamin~
__________________________________________________________________________________
~Menangis Orang Jahil~T_T
Seorang
kaya yang jahil. Hidupnya sering bergelumang dengan maksiat dan dosa.
Suatu hari, dia mengalami sakit tenat dan terlantar beberapa ketika di
ICU. Pada saat dia sedar, tiba2 sahaje dia menangis sekuat hati, jiwa
dan ragenye. "Kenapa abang menangis?" Tanya isterinya yang berada di
sisi. Berkatalah si suami,
"Saya akan mati! Bagaimana dengan banglo kita yang sepuluh buah itu?
Bagaimana dengan kereta Mercedez lampu bulat tujuh buah itu? Bagaimana
dengan syarikat2 perniagaan saya di merata tempat itu?" Jawab
pula si isteri, "Harta-harta itu dapat pada saya semuanya bang dan
selepas itu saya akan berkahwin dengan orang lain." Mendengarkan kata2
isterinya, tangisannya bertambah kuat, air mata mengalir semakin deras
dan Malaikat Maut pun merentap nyawanya dengan rakus sekali seperti
MENARIK KAYU BERDURI DARI DALAM KERONGKONGNYA...Astaghfirullahal
'aziim...na'udzubillahi min zalik, Ya Allah...
- dipetik dari artikel : SOUTUL EHSAN...
p/s: moge bermanfaat dan dapat memberi peringatan pd kite semua..(^_^)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar