Kamis, 15 Maret 2012

~Kemuliaan Wanita~



Dalam membentuk keluarga Muslim yang bahagia,sesuai dengan ajaran Islam,Islam memberi perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita ke arah yang lebih mulia.Allah SWT telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhamad SAW ,melalui putrinya Siti Fatimah.Kelahiran putera Fatimah iaitu Hasan dan Husin memperoleh berkah,dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah SAW telah memberikan contoh dan teladan bagaimana menjadi ayah yang baik.Baginda mengangkat darjat puteri-puteri baginda.Jika baginda meninggalkan kampung halaman,Fatimah lah orang yang terakhir yang baginda temui.Jika baginda pulang dari perjalanan atau peperangan ,baginda langsung pergi ke masjid solat 2 rakaat .Kemudian baginda pergi menemui puteri-puteri buah hatinya,barulah baginda pergi ke rumah istri-istri baginda. Seandainya Siti Fatimah datang mengunjungi ayahandanya,maka Rasulullah SAW bangun untuk menyambut dan memberikan ciuman kepada puterinya,kemudian di suruhnya duduk di sebelah baginda.Begitu jua jika Rasulullah SAW datang mengunjungi Fatimah r.a,maka Fatimah bangun menyambut kedatangan ayahandanya dan di ciumnya Rasulullah SAW dengan penuh kasih sayang.Kemudian baginda pun duduk di samping puterinya yang tercinta. Begitu mulia dan tinggi kedudukan Fatimah r.a di hati Rasulullah SAW .Sehingga Rasulullah SAW berulang kali menyebutkan : "Bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku .Aku berdukacita jika ia berdukacita ,dan aku akan lega jika ia senang.Siapa yang menyebabkan ia marah,sama dengan membuat aku menjadi marah.Fatimah buah hatiku adalah wanita penghuni syurga." [Hadis Riwayat Al-Hakim dan Bukhari] Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada para sahabat,bahawa penghargaan terhadap anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka ,merupakan taqarrub atau mendekatkan diri yang paling besar kepada Allah SWT yang layak memperolehi syurga dan keredhaanNya .Baginda bersabda: "Barang siapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan,kemudian ia bersabar hidup dalam suka dan duka,maka ia akan dimasukkan kedalam syurga kerana rahmat Allah kepada para perempuan tersebut.Seorang sahabat bertanya :Bagaimana kalau hanya 2 orang perempuan ya Rasulullah? Baginda menjawab:Walaupun hanya 2 orang.Sahabat bertanya lagi:Bagaimana kalau seorang sahaja ya Rasulullah:
Maka baginda menjawab: Ya ,walaupun hanya seorang."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar