Kamis, 15 Maret 2012

7 Cara Bersahabat Kerana Allah^


Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui,tetapi berapa ramai daripada rakan kita yang sanggup menemani dan membantu di saat kita menghadapi kesusahan dan berhadapan masalah.Pasti tidak ramai bukan! Sejujurnya bukan senang hendak mencari sahabat yang sejati.

Allah SWT berfirman dalam surah az-Zukhuf,ayat 67 yang bermaksud:"Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain,kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan soleh)...."
Justeru itu ,kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan-rakan kita,dan berharap mereka juga benar-benar jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita.

Berikut ada beberapa tip sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

♥Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
 Rasulullah SAW bersabda:"Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hadis Riwayat Abu Daud)

♥Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
 Rasulullah SAW bersabda:"Setiap hamba Muslim yang mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya."(HR Muslim)

♥Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
 Rasulullah SAW bersabda:"Janganlah kamu meremahkan kebajikan sedikit
pun,sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."(HR Muslim)

♥Segera bersalaman ketika berjumpa
 Rasulullah SAW bersabda:"Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."(HR Abu Daud)

♥Sentiasa menziarahi sahabat kita.
 Rasulullah SAW bersabda:"Hendaklah kamu menziarahi sesekali,nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

♥Memberi hadiah.
 Rasulullah SAW bersabda:"Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang."(HR Thabrani)

♥Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
 Rasulullah SAW bersabda:"Orang yang berjalan umtuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."(HR Hakim)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar